30 December 2010

SAYA BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA!!

haha....HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam semalam menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.Meh kita skodeng2 sikit disebalik tabir sepnjg piala suzuki...



KELUARGA penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, yang berada di Kota Bharu, melonjak kegembiraan apabila pasukan Malaysia menjaringkan gol pertama ketika menonton perlawanan akhir di televisyen pusingan kedua Piala Aff Suzuki di Jakarta.
 
 
 
 
REAKSI penyokong Indonesia apabila sepakan penalti Firman berjaya diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat pada perlawanan akhir ke-2 Piala Suzuki AF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.
 
 
 
PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi (kanan dan gambar bawah), berjaya menyelamatkan sepakan penalti pemain Indonesia, Firman Utina (atas kiri).
 
 
BAPA Safee Sali, Mohamed Sali Min, 64 (berkopiah putih), bersama ahli keluarganya meraikan gol yang dijaringkan Safee dalam separuh masa kedua perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di kediaman keluarga mereka di Tapah semalam. 
 
 
PENYOKONG pasukan bola sepak kebangsaan memenuhi padang, menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki menerusi skrin besar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
 
 
RIBUAN penyokong Indonesia di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara pasukan tuan rumah dan Malaysia. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.
 
 
PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi diasak pemain Indonesia Cristian Gonzales, dalam usaha menyelamatkan bola dari dibolosi.
 
 
 BARISAN pemain bolasepak Malaysia mengambil gambar pasukan menjelang perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF.
 
 
PEMAIN Malaysia, Mohd Safee Sali (tengah) meraikan gol bersama rakan sepasukan, S Kunalan dan Amirulhadi Zainal ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia menang 2-0.
 
 
SEMANGAT: Antara penyokong pasukan negara yang hadir memberikan sokongan.
 
 
UNTUK menjamin keselamatan, pasukan Malaysia terpaksa menaiki kereta perisai baracuda bagi tujuan keselamatan untuk datang dan pulang ke hotel penginapan pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno
 
 
PEMAIN Malaysia, Mohd Safee Sali (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan, S Kunalan dan Amirulhadi Zainal ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
 
 
PEMERIKSAAN ketat ke atas penyokong sebelum memasuki stadium.
 
 
KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama rakan sepasukan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam semalam. Malaysia menang dengan agregat 4-2.
 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.Hooray!

No comments:

Post a Comment