Hakikat rezeki itu bukan pada duit, gaji atau income sebenarnya. Tetapi ia merangkumi beberapa perkara.
Sihat itu rezeki
Bahagia itu rezeki
Banyak masa juga rezeki
Disayangi juga rezeki
Tak putus duit itu rezeki
Sahabat ramai itu rezeki
Dapat (apa-apa) pun rezeki.
Ada orang punyai anak yang cacat,tapi punyai ramai kawan.
Ada orang punyai isteri yang cantik, tapi kurang pandai masak.
Ada orang tidak punyai seorang anak,tapi harta yang melimpah ruah.
Ada orang kerja siang malam utk kasi anak bini makan,tapi hidup sentiasa bahagia.
Ada orang xmampu beri apa2 utk sedekah, tapi punyai senyuman yang sangat murah.
Ada orang kerja cuci pinggan kat kedai,tapi mampu kasi wang saku kat ibu ayah tiap2 bulan.
Lain orang lain rezekinya. Jangan mengeluh dengan apa yang kita xmampu dapat.Sebaliknya,tengok balik adakah rezeki yang kita dah rasa selama ni kita bersyukur? banyakkan bersyukur supaya hidup lebih bahagia dan mendapat rezeki yang tak putus2 dan disangka-sangka.
Erti rezeki itu ialah apa yg kita NIKMATI. Kenapa namanya rezeki? Kerana disaat kita merasai REZEKI itu, ramai org diluar sana yg tak berpeluang merasainya. Ya Allah, beruntungnya kita. Ingat, yg selalu kata TAK CUKUP itu ialah nafsu. Yg mengatakan CUKUP itu pula ialah iman. Maka, bersyukurlah.
No comments:
Post a Comment