10 May 2011

Apabila Hidup Terlalu Berkira

Perangai hasad dengki kerap bersarang dalam kalangan masyarakat kita untuk mencapai sesuatu hajat.Dalam pada itu,ada pula dalam satu kelompok yang lain yang tebal dengan sikap berkira.Sesetengah orang menganggap sikap terlalu berkira  ada bau bau bacang dengan hasad dengki.Orang yang terlalu berkira hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kesukaran atau apa yanag nak jadi pada orang lain.

Di persekitaran kita seharian,kita sudah semestinya kerap bersemuka atau berhadapan dengan orang yang kerap kali mencerminkan belang sebenar mereka memalui gambaran berkut:

  • "Buat apa aku nak buat?Bukankah itu kerja dia?"
  • "Masa kerja aku lapan jam dari 9 pagi hingga 5 petang sahaaj.Buatapa nak sukarela buang masa kerja lebih masa nak senangkan orang lain.Bukan naik gaji pun."
  • "Cukuplah tuh,biaroranglain yang bereskan."
  • "Sudah makan,basuh pinggan masing-masing."
  • "Lima sen pun kena kira.Rugi besar aku nanti."
  • "Cukuplah tiga biji kacang dan empat ekor ikan bilis dalam nasi lemak ni,kalau tidak rugi nanti."
Pada saya dialog -dialog tersebutlah yang memecah belahkan hubungan antara kita.sikap terlalu berkiralah yang menjadi batu penghalang kepada hubungan kemanusiaan yang lebih harmoni.Kalau semuanya berkira,tiadalah pahala amal jariah seterusnya pahala keberkatan  terhadap apa sahaja yang kita lakukan dan peroleh.Kalau asyik berkira je,kita x ke mana...sikit sama sama rasa,banyak pun sama sama rasa.Tiada lebih dan kurang..=)



8 comments:

  1. sesekali kena berkira juga supaya kita tak dibuli..hehe

    ReplyDelete
  2. betul tu, sikap berkira tu boleh memecahbelahkan sebab buat orang lain tersinggung dengan sikap tu..
    so, jadilah seorang yang positif untuk dpatkan feedback yang positif..
    hehehehehe...

    ReplyDelete
  3. Betul betul benci dengan orang yang sikap berkira nie...ceyez...(Emo pulak)...he he he

    ReplyDelete
  4. hahaha , x ske org berkira ni ..

    ReplyDelete
  5. saya suke pendapat awk.

    Yea, kite tak boleh asyik berkira jer. Semua nk berharap dekat org lain buat. Asyik nk menunding jari dkat org lain.

    But sometimes, kite perlu berkira, supaya org xpijak kepala. Tpi dlm keadaan tertentulah. ^^

    ReplyDelete
  6. setuju dgn entry nie..

    janganlah berkira sgt kan..

    kena tanam sikap kesukarelawanan dalam diri..

    jemput dtg blog CT lak..^^

    http://akusukatomyampedas.blogspot.com/2011/05/sedap-atau-sihat-pilihan-di-tangan-anda.html#idc-container

    ReplyDelete
  7. stuju kata2 ain nadzirah.
    perlu berkira supaya tak di pijak kepala selepas di beri muka.

    ReplyDelete