08 November 2011

Bersedia dikritik?

Hidup di dunia tidak dapat lari daripada kritikan dan kata-kata manusia. Walaupun kita buat perkara baik, kita tetap dikritik.Manusia yang teruk adalah manusia yang suka cakap mengenai hal orang. Kadang kadang tu rumahtangga orang pun tanpa segan silu diperkatakan. Mereka ingat mereka berkata baik agar masalah yang berlaku dapat selesai. Tapi mereka silap, mereka telah mengumpat dan menambah marak api yang belum terpadam.Semoga kita tidak menjadi seperti manusia-manusia itu. Aib orang, kesalahan orang, ALLAH memerintahkan kita simpan baik-baik. BUKAN dedahkan.Ok, saya bukan nak cerita pasal mengumpat hal orang, tapi saya mahu sentuh mengenai kritikan.
Jenis-Jenis Kritikan
1. Kritikan Membina
Kritikan jenis ini amat membantu. Biasanya ia disampaikan dengan beradab dan berfakta.
2. Kritikan Negatif
Biasanya disampaikan dengan emosi yang negatif. Malah terkadang ia bersifat serangan peribadi dan yang lebih teruk, sebahagian kata-kata kritikan adalah tidak betul.
Jadi, jika kita ingin mengkritik orang, kritiklah dengan cara yang baik. Jika tidak puas hati, bawa berbincang dengan orang yang kita tidak puas hati tersebut. Sebaliknya, bukan dihebohkan di sana sini. Ia bukan jalan penyelesaian yang bijak.
Untuk itu saudaraku, tidak ada kritik yang akan melemahkan diri. Kita tidak akan terhina oleh kritik dan kita pun tidak akan dipermalukan oleh pedasnya cacian. Tapi mesti ingat,sesetengah kritikan lebih mendewasakan diri dan kerana ada cacianlah kita dapat memperbaiki diri.

Tolak Kritikan atau Serangan Peribadi Secara Baik
“Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara lebih baik, maka tiba-tiba orang yang ada permusuhan antaramu dan antara dia seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (Fushshilat: 34-35)

Jika anda melakukan perkara yang betul, maka anda ada hak untuk melakukannya.
“Lakukanlah sahaja apa yang kamu ingin lakukan. Kalau kamu lakukannya, kamu akan dikritik. Malah kamu juga tetap dikritik kerana tidak melakukannya.”

7 comments:

  1. sy slalu mngkritik n dikritik kwn2...itu prkara biase..kami mngkritik utk mmperbaiki klemahan msing2..

    ReplyDelete
  2. sy blh accept klu kritikan secara berhemah..klu yg jenis perli2 dan ckp belakang tu sy tak berkenan sgt..hehe..

    ReplyDelete
  3. kalau mbe kritik mcm normal gakla. tp kalau pedass sgt kritik tu, agak2la kn. ;p

    ReplyDelete
  4. komentar: kritikan adalah masalah penganalisaan dan pengevaluasian sesuatu dgn tujuan mnigkatkn pemahaman dll..
    jdi dpt dirumuskan bhawa kritikan mmg dprlukan dlam semua bidang,khidupan mahupn perlakuan..
    yeaahh..
    jadi kritikan membina ataupn kritikan negetif dperlukan dlm megimbangi semua perkara..
    tpi,kritikan negetif dprlukan juga sbb kalau semua positif shaja x leh idup woo.. cm bateri..
    jadi penerimaan trhadap kritikan prlu ada..kuatkan mental dlm mnerima kritikan..
    seseorng yg boleh mnerima kritikan mampu brjaya dlm hidup..tp pastikan setiap kritikan yg mmbina itu dijadikan contoh,pedoman dan rujukan dlm melakukan pekerjaan dll..
    ok ak penat..ko juga suruh kongsi pegalaman tp ak konsi pendapat..haha..
    pegalaman dikritik tu aku selalu kena..dan aku mmg suruh orng kritik pn..

    dr,kentut berdarah.
    PhD in pycologcly social university of oxford..
    (tipu)

    ReplyDelete
  5. kritik orang boleh , tapi kena lah dengan cara yang bertamadun :D
    Kan kan kan ? heheh

    ReplyDelete
  6. selalu kena 2 2 sekali.. tak salah asalkan kena bersabar

    ReplyDelete