14 March 2011

Bertudung tapi....


Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga sahsiah  diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam. Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu kita ni yang menjadi mangsa fesyen tudung .Kononnya nak nampak up-to-date,tapi tanpa mereka sedari yg aurat mereka telah terdedah sana sini.Entry ini tidak bertujuan utk mengenakan sesiapa hanya peingatan kita bersama.Yang lelaki,peringatan utk aweknya...yang bapa, peringatan kepada isteri dan anak perempuannya..yang abang,peringatan kepada adik perempuannya..
                                                                                                                                                                 

 1) Bertudung,tapi baju dan kain / seluarnya ketat dan sendat 
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Orang yang memakai memangla rasa syok jer,tapi kan x manis kalu org laki memandang...
2) Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.
                                                       Macam ni kan lebih sopan dan manis=)

3) Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.Agak jelik jika dipandang oleh orang lain.                                                                          
                                   
       
4) Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?
 

5)Bercumbu di tempat awam

Sekarang semuanya dah berubah,dah tak terkejut dah kalau perempuan bertudung pun berani bercumbuan di tempat awam bersama pasangan masing2..Kadang2 mereka ni pun lebih berani dari orang bukan Islam.Hari ni pun saya baca paper yang mengatakan salah satu stesen minyak di Lebuh Raya Pantai Baru,kawasan rehat di kawasan timur dijadikan port baru utk pasangan kekasih  bermadu asmara.Kebanyakannya dari kaum Melayu dan wanita bertudung sendiri...so?
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan sy bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana saya sendiri pun dari golongan wanita bertudung. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.Enjoy your reading dan jangan marah2 ye...

Pic source:BRO GOOGLE
Credit to: Adam

20 comments:

  1. setuju . post ni mmg agak berguna . ;) teruskan . ye la , nnti org laki ni tegur diorg ckp pulak " sukati la bkn ko yg tanggung dosa " tu reaksi yg kite akn dpt .

    ReplyDelete
  2. setuju jugak.tapi tak semestinya kita perlu pandang orang bertudung je.takkan orang tak bertudung bole buat ape saje, boleh pakai seksi, bole bertepuk tampar.kesimpulannya, entry ni sesuai untuk semua kaum perempuan umat islam :)
    bukan hanya kepada perempuan bertudung je :)

    p/s : jgn amek hati ye.cuma bg pendapat :)

    ReplyDelete
  3. storyfomme:
    thanks kerana awk sgt prihatin ..entry kali ini lebih tertumpu pd gadis bertudung..kalau nk cerita yg xbertudung,penuh entry sy nih... tp yg pasti,don't judge a book by its cover =)

    ReplyDelete
  4. Astagfirullah...semoge tidak tergolong dalam golongan neh..aminn...

    ReplyDelete
  5. entri nie sngt brguna bg sya..
    tmbah plak sya xbrtudung

    ReplyDelete
  6. btol3x.., sye sokong jew akak .., HEEEEEE :D
    mma xtaw mlu..spew plak yg ajr pkai tdung tp nmpak ap yaa... emm..????? HEHE.., mma xtaw mlu pnyee gdis b'tudung tp nmpk aurat.. ..,.. n sye xtaw pew2 .. taw skit2 ade laa.. HEHE :D

    ReplyDelete
  7. fatah~ huhu.
    pelik kot pakai tudung tapi baju pendek pendek macam tu -__-

    ReplyDelete
  8. zaman skrg msg2 nak tampak moden dr memenuhi tuntutan sbnr kita bertudung... :)

    ReplyDelete
  9. sape awek dlm gmbr yang manis tu?nak no.phone:P

    ReplyDelete
  10. thanks pada yang support entry kali ini..ini peringatan kita bersama..=)

    ReplyDelete
  11. suka entry nih...skg bnyak yg mcm ni. moh le sme2 ingt mgingati..

    ReplyDelete
  12. setuju dengan entri anda.. sebelum ni saya pernah menulis entri wanita bertudung.. kalau sudi jemput ke blog saya.. lihat la betapa dasyatnya tudung akhir zaman ni.. saya buat entri tu bukannya nak mengenakan sesiapa just nak share cara pemakaian tudung masa kini..

    http://adan-akudandiriku.blogspot.com/2011/01/bertudung-tapi-berbogel.html

    ReplyDelete
  13. semua:ingat pada diri juga n pesan kat member2!

    ReplyDelete