27 March 2011

Tips senang bangun pagi..=)

Bangun pagi itu kadang kadang susah sangat bagi sesetengah orang.. Ini saya nak share ckit beberapa tips untuk mudah bangun pagi.Korang boleh cuba yang mana satu senang bagi korg..


1.Letakkan jam loceng di tempat yang susah dicapai.
Bila bunyi jer jam loceng tu,mesti korang automatik nak tutup terus alarm  supaya korang dapat continue beradu..Alarm tu pulak,xkan berhenti berbunyi selagi korang x hentikannya..Dapat pulak bila jam loceng korang tu letak jer kat tepi katil,tepuk jer dia berhenti.Untuk lebih efektif, pasanglah salah satu alarm agak jauh dari jangkauan anda, mungkin di meja seberang tempat tidur, agar anda terpaksa bangun dan berjalan untuk mematikan bunyi alarm yang mengganggu tidur anda.

2.Pasang banyak alarm
Biasanya jika kita masih malas bangun kita akan segera mematikannya dan tidak akan berbunyi lagi. Pasanglah beberapa alarm, baik  jam waker, handphone atau alarm lainnya.  Pada handphone keluaran terbaru biasanya sudah dilengkapi fasilitas snoozing ( pengulangan alarm ) yang mana alarm akan berbunyi berulang-ulang jika anda tidak bangun dan menekan tombol yang benar, satu handphone ini juga sudah cukup efektif berfungsi sebagai alarm ganda.(lainlah kalau korang tidor mati)

3.Jangan terlalu banyak makan sebelum tidur
Pada waktu makan malam, jangan terlalu banyak makan sehingga anda tidur dalam keadaan terlalu kenyang, hal ini akan sangat memberatkan anda untuk bangun pagi. (Boleh jaga badan jugak).Tetapi makanlah secukupnya saja supaya  membantu  anda mudah terjaga untuk bangun bagi. Jangan tidur dalam keadaan terlalu lapar, karana terlalu lapar juga akan melemahkan syaraf-syaraf sensorik dan motorik sehingga akan menyulitkan anda bangun fresh pada waktu pagi.

4.Tidurlah di ruangan yang terkena cahaya matahari 
Kalau perlu carilah posisi tidur yang memudahkan sinar matahari akan akan terus  ke bilik anda ketika pagi. Sebagai contoh,kalau korang terlajak bangun sampai matahari terbit,  sinar matahari akan terus ke bilik anda ataupun ke muka anda.Mesti korang akan bangun tidor punyer.. Tapi ingat,jangan tidur di ruangan gelap sepanjang hari, karana badan akan menganggap hari masih malam , sehingga secara tidak langsung badan kita tertipu untuk tidur nyaman lebih lama.

5.Tidur tanpa bantal busuk 
Jangan terkejut pulak,kadang kadang ada sesetengah orang tu umur da sampai dua 20-an ,tapi tidur pun nak ade bantal busuk.Sebenarnya,bantal busuk juga merupakan faktor kita susah bangun tidur.Sedap jer peluk bantal dia sambil bau peta2(air liur) yang dia buat...mana tak nyer,dia bangun lambat...Kalau susah sangat nak pisahkan dengan bantal busuk,pesan kat member atau familly korang,supaya ambil bantal tuh sebaik sahaja korang tidur.Supaya bangun besok pagi,tercari2 bantal busuk dan akan susah ckit nak sambung tidur..Cuba elakkan dari tidur dalam keadan terlampau selesa.=)

Yang sebaik baiknya,selepas subuh janganla tidur.Mengaji ker,study ker...supaya murah rezeki pagi2...Kalau ada yang nak tambah apa2 tips,komen jer kat entry ni..amat dialu alukan..Selamat mencuba!

10 comments:

  1. dah cuba sume..tapi kekadang tak jalan juga huhuhu

    ReplyDelete
  2. syikien,tieyha,wieyda,jierah:selamat mencuba!
    warna warni khidupn:ni kalau baling bom pun xsedar silap2..=)

    ReplyDelete
  3. aku senang bangun tp susah nak kekal bangun. :)

    ReplyDelete
  4. tips yang amat berguna...
    terima kasih..=)
    lepas ni mesti senang nak bangun pagi...

    ReplyDelete
  5. Paling mudah bangun subuh ialah tido awal jam 10 malam sebelumnya.... :)

    ReplyDelete