07 April 2011

Kehidupan Selepas Mati

Setiap yang hidup pasti akan mati.Mati adsalah satu hakikat yang yakin, tidak boleh dinafikan serta diragukan kebenarannya oleh manusia. Walaupun mereka belum merasai kematian, namun melalui penyaksian dan pengalaman yang berlaku di sekitar mereka bahawa setiap yang hidup akan mati. Kematian pasti berlaku ke atas dirinya dan manusia yang hidup. Mustahil mereka dapat mengelakkan sekalipun mempunyai ketinggian ilmu yang canggih.
Setiap muslim wajib mempercayai bahawa selepas kematian satu kehidupan baru akan bermula.

  Islam telah membahagikan hidup sesudah mati kepada beberapa peringkat:
  • Tempoh menunggu, iaitu masa seseorang sudah mati menanti terjadinya Kiamat Besar.Tempoh ini dinamakan Alam Barzakh atau Alam Kubur.
  • Tempoh Peralihan,iaitu berakhirnya dunia ini dan akan bermula kehidupan akhirat.Pada tempoh ini,semua yang hidup mati serentak. Inilah yang dinamakan Hari Kiamat.
  • Tempoh Kebangkitan, semua manusia, jin,malaikat, iblis yang mati dihidupkan kembali.Keadaan mereka lengkap dengan tubuh dan anggota badan masing-masing. Ini bukan hanya kehidupan ruh tetapi kehidupan ruh dan jasad seperti sebelum mati. Period ini dinamakan Kebangkitan Mahsyar.
  • Tempoh perhisaban. Semua makhluk akan dihisap perbuatan, gerak-geri, perkataan dan tanggungjawabnya. Allah swt sendiri bertindak sebagai hakim.
  • Tempoh pembalasan. Setelah dihisab atau diadili, mereka akan mendapat balasan dari apa sahaja yang pernah mereka lakukan dalam kehidupan di dunia. Syurga tempat kenikmatan dan kebahagiaan. Neraka tempat kesengsaraan.

Antara firman Allah s.w.t mengenai mati:
  • Apabila sudah datang ajal manusia maka tidak akan dapat diundurkan atau didahukukan, walau sesaatpun.(Surah Al-A'raf,7;34)
  • Di mana sahaja kamu berada nescaya maut akan mendatangi kami, biarpun kamu berlindung dalam benteng yang kuat(Surah Al-Nisa,4;78)
  • Kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jika berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.(Surah At-Taubah, 9;38)
Antara bekalan ke akhirat:
  • Sedekah jariahnya ketika masih hidup.
  • Ilmu yang dimanfaatkan kpd orang lain ketika masih hidup.
  • Doa anak yang soleh(satu -satunya bekalan yang ditagih  si mati ketika dia sudah mati)       

Gambar dia atas merupakan kisah benar,dimana seorang pemuda berumur 19 dikebumikan di Roman.Dia dikatakan murtad sebelum mati.mayatnya digali semula selepas 3 jam dikebumikan.dia digali kerana bapanya mahu menyiasat semula punca kematiannya,sebaliknya menjumpai mayat anaknya dalam keadaan sedemikian.Ini jelas bahawa ketika digali,mayatnya sedang menerima siksaan kubur.Bayangkan,kerana dosanya murtad ,dia diseksa sehingga begitu.Ini menunjukkan bahawa mati itu pasti,seksaan Allah itu pasti dan Allah menepati janjinya.Tidak sesaat pun Dia melewatkan janjinya.

Sama samalah kita mengingati mati,supaya kita kita sentiasa ingat kepada Allah dan mengamalkan perintahnya dan meninggalkan larangan-Nya.Sesungguhnya mati itu pada bila bila masa sahaja,dunia hanya persinggahan dan akhirat kekal selama-lamanya.=)

Saya minta maaf bayak2 kerana sudah lama x update.Ada juga yang bertanyakan saya kenapa x update entry,saya pulang ke uia selama seminggu utk exam MUET.Keprihatinan anda amat dihargai.sorry again...

sumber gambar:e-meil dari En. Zainal,merangkap ayahku.

10 comments: