01 August 2014

Takcukup itu nafsu, yg mengatakan cukup ialah iman.


Hakikat rezeki itu bukan pada duit, gaji atau income sebenarnya. Tetapi ia merangkumi beberapa perkara.

Sihat itu rezeki

Bahagia itu rezeki
Banyak masa juga rezeki
Disayangi juga rezeki
Tak putus duit itu rezeki
Sahabat ramai itu rezeki
Dapat (apa-apa) pun rezeki.

Ada orang punyai anak yang cacat,tapi punyai ramai kawan.

Ada orang punyai isteri yang cantik, tapi kurang pandai masak.
Ada orang tidak punyai seorang anak,tapi harta yang melimpah ruah.
Ada orang kerja siang malam utk kasi anak bini makan,tapi hidup sentiasa bahagia.
Ada orang xmampu beri apa2 utk sedekah, tapi punyai senyuman yang sangat murah.
Ada orang kerja cuci pinggan kat kedai,tapi mampu kasi wang saku kat ibu ayah tiap2 bulan.

Lain orang lain rezekinya. Jangan mengeluh dengan apa yang kita xmampu dapat.Sebaliknya,tengok balik adakah rezeki yang kita dah rasa selama ni kita bersyukur? banyakkan bersyukur supaya hidup lebih bahagia dan mendapat rezeki yang tak putus2 dan disangka-sangka.


Erti rezeki itu ialah apa yg kita NIKMATI. Kenapa namanya rezeki? Kerana disaat kita merasai REZEKI itu, ramai org diluar sana yg tak berpeluang merasainya. Ya Allah, beruntungnya kita. Ingat, yg selalu kata TAK CUKUP itu ialah nafsu. Yg mengatakan CUKUP itu pula ialah iman. Maka, bersyukurlah.


22 September 2013

4 Tanda Hidup Tak Berkat

Assalamualaikum semua. Entri kali ini citer pasal keberkatan.Apa yg kita buat dalam hidup ni memerlukan keberkatan.Ada orang tak kisah pun pasal berkat ker tak berkat.Padahal keberkatan itu sangat penting. Tanpa keberkatan,hidup tak bermakna dan kosong.Erti lain,hidup tak bahagia.Jom cek dekat diri kita kpd tanda2 hidup x berkat.

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Elaun bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.Kalau dpt bonus kat tempat keje,cepat je habis kat benda yg xnampak. Just be positive. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak rezeki Allah kasi kat kita. Tanpa kita sedar.


2.Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan. Ish,dahsyat sungguh.Tapi tulah dia,semua kerja xsenang dan xlancar spt yg dirancang.


3.Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat.study berjam-jam.Pernah sekali tu saya dpt A dlm satu subject. Time exam,hafal notes kemain..Tapi sebenarnya saya xfaham pun subjek tu pasal apa.Habis exam,hilang terus.Oppss..Memang selalu terjadi kat saya.Sebab aim study,utk dpt A je.


4.Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk,twitter, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit.Kalau boleh nak cepat habis. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas. Kalau malas sgt nak mengaji,before tidur tu pasang surah apa2.Pagi2 time bersiap nak g keje atau kelas pun boleh.Tak lama,dapat play 1 surah pun dah ok.Ingat,kalaulah kita semua tahu mati itu bila,nescaya kita takkan biarkan masa lapang kita dgn benda sia2.


Sentap x? Saya memang sentap habis masa mula2 baca article ni.Memang,tak semua orang sempurna dlm mencapai keberkatan Allah.Tapi apa salahnya kita cuba ambil inisiatif utk mengubah diri kita ke arah yg lebih baik.Kalau dulu mungkin kita susah nak sedekah,skrg  boleh la belanja makcik cleaner kat sekolah/kolej/tempat keje lunch ker.Belikan air mineral ker.Banyak pahala hilangkan haus org.Jom ubah! Thanks sudi baca entry panjang ni.Segala kekurangan harap dimaafi :))


*Article ni summary dari apa yg saya baca kat satu website ni.Website yg menarik utk di 'subscribe' kalau nak tips,fadhilat dan pengisian rohani.Penuh dgn info,info,dan info.
Jemput ziarah website ni --> http://pakarhowto.com/



27 March 2013

Indahnya Sabar

Bismillahirrahmanirrahim




Dicaci...sabar
Dihina..sabar
Dimalukan..sabar
Ibubapa meninggal..sabar
Kasut hilang di masjid..sabar
Kawan tikam belakang..sabar
Kena marah tak bertempat..sabar
Call orang x angkat..sabar
Stuck dalam jam..sabar
Giliran lambat sampai..sabar
Mertua benci..sabar
Anak banyak kerenah..sabar
Isteri kuat bebel..sabar
Jodoh xsampai-sampai...sabar
Website down time check result..sabar


Memang benar sabar itu tak mudah.Lebih-lebih lagi saat kita ditimpa pelbagai dugaan.Takpe,kita control sedikit demi sedikit.Mulakan dengan perkara yang kecil,InshAllah kita akan jadi penyabar dalam hal-hal yang besar.Kenapa?Supaya hidup kita lebih tenang seperti gambar di atas.Mari kita lihat satu situasi yang kerap berlaku dalam kalangan kita ,serta hikmah yang tersembunyi:

Kalau selipar/kasut kita hilang apabila kita keluar dari masjid atau barang2 kita hilang di tempat2 lain,janganlah sumpah (maki hamun) "$%^**&&..menatang mane rembat selipar/barang aku ni".Sebaliknya bersabarlah.Kerana hakikatnya Allah lah yang telah menghilangkan selipar/barang kita untuk menguji kita (samada untuk memberi pahala @ mengkafarahkan dosa) kita yang lepas2.Siapa tahu,Allah nak gantikan kasut yang lebih baik utk kita? Tapi kita ni awal-awal lagi kita xboleh nak control marah.Sabarlah,kerana sabar itu sebahagian daripada iman :)

Rasulullah saw bersabda

"Tiada seorang muslim pun yang ditimpa musibah lalu ia berkata sesuai dengan petunjuk yang diperintahkan oleh Allah, sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali.Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku dan gantilah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik daripada musibahnya itu."

(Riwayat Muslim dalam kitab sahihnya, dan bersumber daripada Ummu Salamah Radhiallahu 'anha).

Pic source:Google


31 January 2013

Hati Terguris Kerana Satu Teguran



Assalamualaikum semua .Biasa dengar/baca ayat-ayat macam ni?
  • "Sibuk jaga tepi kain orang,jaga kain sendiri sudah!"
  • "Lain kali kalau nak tegur aku guna bahasa baik sikit boleh? 
  • "Nak berceramah kat aku konon,diri sendiri pun tak betul!"
  • "Nak tunjuk bagus kat semua orang la tuh"

Dan kita juga sering diingatkan agar menegur secara berhikmah.
Ianya sangatlah penting sebab kalau tak kena cara,boleh mengguris hati orang.

Sebagai contoh di fb:
Gadis A upload gambar yg kurang sopan di fb,lepastu sahabat gadis  A memang niat baik nak tegur.Tapi  cara tak kena.Dia komen kat gambar tu,siap bagi hujah2..Bukankah situasi ini boleh memalukan gadis A dan semua orang boleh baca?Cuba bayangkan kita sendiri di situasi gadis A.Mestilah kita malu dan silap hari bulan boleh gaduh.

Sebagai Muslim,haruslah menegur dgn berhikmah.Fb kan ada inbox,kat situ adalah tempat yg lebih sesuai utk menegur seseorang dgn lebih privasi berbanding komen secara terang-terangan.Mungkin dgn cara inbox,boleh melembutkan hati sahabat kita,dan dia dapat menerimanya dgn hati terbuka.Mungkin juga dia akan delete gambar tersebut setelah memahaminya.Itulah yg dinamakan sahabat.Tidak memalukan sahabat sendiri didepan org lain.

Bukan situasi yg disebutkan di atas sahaja.Apa-apa situasi sekalipun,cuba cari pendekatan yg lebih mudah diterima oleh orang lain dan lebih berhikmah.Nasihat-menasihati amalan mulia.Setiap orang punya perasaan dan punya hati kecil yang mudah terguris.Hati-hati.

Hadis Rasulullah saw:


“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan, jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati, sesungguhnya ia(mencegah dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman”

Jangan merumitkan sesuatu perkara.Kerana Islam itu mudah dan indah :)