31 January 2013

Hati Terguris Kerana Satu Teguran



Assalamualaikum semua .Biasa dengar/baca ayat-ayat macam ni?
  • "Sibuk jaga tepi kain orang,jaga kain sendiri sudah!"
  • "Lain kali kalau nak tegur aku guna bahasa baik sikit boleh? 
  • "Nak berceramah kat aku konon,diri sendiri pun tak betul!"
  • "Nak tunjuk bagus kat semua orang la tuh"

Dan kita juga sering diingatkan agar menegur secara berhikmah.
Ianya sangatlah penting sebab kalau tak kena cara,boleh mengguris hati orang.

Sebagai contoh di fb:
Gadis A upload gambar yg kurang sopan di fb,lepastu sahabat gadis  A memang niat baik nak tegur.Tapi  cara tak kena.Dia komen kat gambar tu,siap bagi hujah2..Bukankah situasi ini boleh memalukan gadis A dan semua orang boleh baca?Cuba bayangkan kita sendiri di situasi gadis A.Mestilah kita malu dan silap hari bulan boleh gaduh.

Sebagai Muslim,haruslah menegur dgn berhikmah.Fb kan ada inbox,kat situ adalah tempat yg lebih sesuai utk menegur seseorang dgn lebih privasi berbanding komen secara terang-terangan.Mungkin dgn cara inbox,boleh melembutkan hati sahabat kita,dan dia dapat menerimanya dgn hati terbuka.Mungkin juga dia akan delete gambar tersebut setelah memahaminya.Itulah yg dinamakan sahabat.Tidak memalukan sahabat sendiri didepan org lain.

Bukan situasi yg disebutkan di atas sahaja.Apa-apa situasi sekalipun,cuba cari pendekatan yg lebih mudah diterima oleh orang lain dan lebih berhikmah.Nasihat-menasihati amalan mulia.Setiap orang punya perasaan dan punya hati kecil yang mudah terguris.Hati-hati.

Hadis Rasulullah saw:


“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan, jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati, sesungguhnya ia(mencegah dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman”

Jangan merumitkan sesuatu perkara.Kerana Islam itu mudah dan indah :)

6 comments:

  1. Baru terguris hati dgn kata2 macam tu

    ReplyDelete
  2. betul. kat Fb tak elok nk komen mcm tu. inbox much better. =) dialog2 kat atas tu sume dialog org syok sendiri sbb rasa dia betul jepp. huhu

    ReplyDelete
  3. :-) betul...tegur seseorg biarlah dgn cara baik dan jgn sampai membuatkan org yg ditegur merasa tersinggung

    ReplyDelete
  4. Papepon, kekadang ad orang tu tak tau cara nak tegur berhemah..sekurang2nya okay gakla dia dah tegur drpd majoriti yg diam jer..hahaha
    :D

    ReplyDelete
  5. :) masing2 ada pendapat masing2. bgtu jugak kita kan? :) haha... relax ok.. its normal. bg org yg komen benda2 mcm tu , baik block je dia. haha.. #gelak jaha.. sy baru smlm block org yg tegur sy mcm tu. tapi lebih teruk dr tu.. tiba2 dia maki2 mcm2... padahal sy bergurau2 d fb dengan kengkawn.. tetiba dia nyampuk mrh sy bukan2 then ckp sya pmpuan xbgus. block je dia sbb dia blh menjatuhkan maruah kita tanpa disedari. kawan2 pun block sbb drg kata dia xbgus. :( sedih jgk time tu... "tapi tgk keadaan la kalau nak block someone, kalau dah melampau, lebih baik block. " *tu pendapat sy* maaf jika pendapat sy agak buruk...

    ReplyDelete
  6. <---selalu menegur untuk kebaikan dengan cara yang tidak mengaibkan... juga suka diberi teguran membina... semua orang kena ada sifat empathy. Tidak ada orang yang suka ditegur dan dimarahi khalayak ramai...

    ReplyDelete