11 June 2011

Suka dan Duka korang-Siapa yg nak dengar?

Assalamualaikum semua..seperti yg dijanjikan di entry yg lepas,saya ada ckp  nak buat  entry pasal "siapa yang patut anda meluahkan perasaan?".meh kita kupas sikit tetang setiap tempat/org yg anda meluahkan.InshaAllah,anda boleh jumpa mana yang boleh menjadi pendengar setia setiap luahan anda...jommmm:

SAHABAT:Kenapa saya letak sahabat di tempat pertama?kerana saya tahu setiap org mempunyai/memerlukan sahabat walau di mana jua.Mostly org suka memilih sahabat baik mereka sendiri utk berkongsi saat suka dan dukanya.Kadang2 tu,korgla menjadi tempat dia bergantung  menceritakan semua masalah.Rahsia kau,rahsia aku jugaklah katakan.Tapi yg xbestnyer,sampai bila?Ada kalanya tiba saat korg pulak bermasalah,dia pulak buat x heran jer.Time dia susah kita tolong,time kita susah dia buat don't know jer.Time ni 'berat sama dipikul,ringan sama dijinjing' dah x boleh pakai.Yang boleh pakai 'Kawan ketawa senang cari,kawan menangis sukar dicari'.Kadang kadang,teman yg paling rapatlah yang mengkhianati kepercayaan yang telah kita berikan.so?

KEKASIH:Untunglah sape ade kekasih hati,pada  si dia lah tempat korg meluahkan perasaan.Ye lah,lautan api pun sanggup direnang,ye dak?Kalau yg dapat pasangan yg memahami,ok lah.Tapi yg xbestnyer ada yg kureng memahami pasangan masing2..panaaaass jer..tup tup clash.Sebab?dia xnak dengar kita merengek2 kat dia..haha..But still,there is a limit for every relationship.Don't share your own privacy..Kerana terlalu share,ia memakan diri..=)

IBUBAPA:Sesetengah pihak berfikiran bahawa kalau sikit sikit nak citer kat ibu ayah,baik jadi anak mak or anak bapak.Tak maju dan tak matang katanya.Pemikiran orang berbeza-beza.Mungkin bagi mereka yang merasakan ibu bapa merupakan org paling mereka percaya dan paling rapat utk berkongsi segalanya,adalah cara yg paling selamat.Contohnyer,selalunyer anak2 lebih rapat dgn ibu berbanding ayah kerana ibu ni lebih memahami dan senang simpan rahsia..hehe.Tapi,cuba kita bayangkan.ianya sampai bila?korg kawin nanti xkan nak jadi anak mak lagi.malu la sikit derr.be independant okay?

LAMAN MAYA:Facebook,Twitter,Blog, menjadi satu laman sesawang yg menjadi kegilaan semua org.ada org,dia menjadikan laman tersebut sebagai tempat mereka meluahkan perasaan.ko post jer la apa2,janji ko puas..ko twit la ap2,janji ko lega..tapi ingat!!!!!!bahaya berada di mana2..semua benda orang lain perlu tahu dan semua benda anda perlu bagitahu.Kadang2 bagi yg suka melauhkan di blog2,tiba pulak time xde internet.amacam?kalau nak tunggu line ade pulak,feel nak tulis pun dah xde.

ALLAH S.W.T:Dialah pendengar yang paling baik utk kita kerana dia Maha Pendengar..Setiap insan memerlukan tempat utuk meluahkan perasaannya.Meluahkan apa yg terbuku di hatinya.menceritakan apa yg tersirat dan tersurat dalam kehidupannya.Cuba kalau korg tgh berada dlm kesedihan,bawak2 la berdoa,muhasabah diri dan yakin bahawa Dia dia setiasa menemani dan mendengar rintihan anda.Kerana apa?kerana Dia juga yang memberi kesedihan kepada kita,ceritalah  dengan setulus hati anda kepadaNya ketika berdoa.Korang payah nak cari2,kerana Dia sentiasa bersama kita.Dia bukan  macam teman2,kekasih2,ibbapa,laman sosial yang kejap ada,kejap xde.Dia sentiasa Ada..Sedikit sebanyak,anda akan mendapat ketenangan.Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita kerana dia Maha Mengetahui..=)

In a nutshell,(ewah2,dah macam buat essay english)..lain orang,lain tempat mereka bersandar dan menceritakan segala2nya.sahabat,ibubapa,kekasih,lamansosial adalah hak masing2 untuk memilihnya.Dan saya yakin ,ada diantara korang yang menjadikan diri sendiri utk meluahkan segalanya.means,dia simpan di dalam hati.Ingat,sesimpan mana anda pun kita memerlukan seseorg yg dpt mendengar rintihan kita.Yang paling penting,jangan lupa yang  Allah  sentiasa bersedia mendengar rintihan hamba hambanya.Mengadulah nasib anda kepadaNya tika senang dan susah..entry akan datang"Mak nyah:Semulajadi atau asuhan?"..tungguuuuuu..

4 comments:

  1. huuuuuu. ALLAH sebagai tempat mengadu dah pasti :) yang nyata pula, orang yang paling dipercayai ^^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. suke post ni..like 100x..hehe..anyway,miss u la fatah..lame x dengo citer...:)

    ReplyDelete