Assalamuaalaikum semua! Ni nak suruh korang pilih dulu..nak mana satu?..jom kita roll!
ATAU
Dah pilih?confirmla korang nak gambar ke-2.Motif gambar di atas adalah mahu membezakan martabat kaum wanita pada zaman dulu dan sekarang.Kalau semua nak tau,8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia.Dalam sejarah kemanusiaan, Adam sebagai manusia pertama di dunia didampingkan dengan Hawa.Martabat wanita zaman jahiliyah dulu amat menyedihkan.Sebagai contoh,sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW, wanita hanya menjadi alat memuaskan nafsu. Kalau berkahwin, lelaki boleh berkahwin seramai mungkin. Hak dan tanggungjawab diabaikan. Kalau tak sayang, boleh dibiarkan tanpa bertali. Mahu mencari kemuliaan, anak perempuan ditanam hidup-hidup.Dahsyat gile zaman dulu2.Tapi sekarang zaman sudah berubah.Wanita semakin dikenali dan diterima oleh masyarakat.Banyak dah pertubuhan2 yang membela nasib kaum Hawa.Semua tip top!
PERSOALANNYA,adakah kita sudah mencapai tahap yang boleh disanjung tinggi oleh kaum lelaki?Kini,jahiliah moden datang kembali.Wanita bersedia menjadikan dirinya baha pemuas nafsu. Yang diiklankan kereta model baru ,tetapi wanita berkain nipis dan jarang yang ditonjolkan. Pertandingan lumba kereta tetapi wanita tak cukup kain yang memegang payung. Hidup berumahtangga ,tetapi isteri dijadikan sasaran dera dan melepas geram. Maruah wanita lebih murah dari kain buruk. Salah siapa?(tak payah nak tuding2 jari,tepuk dada..tanya iman).Islam tidak menunggu Hari Wanita untuk berbicara tentang wanita. Al-Quran dan hadis terlebih dahulu membicarakan tentang wanita sepanjang masa. Sebagai contoh,Surah an-Nisa’ sendiri menggambarkan keprihatinan Islam terhadap martabat wanita.
p/s:Seperti biasa,entry saya ni xde kaitan dgn sesiapa.Semata2 buat renungan kita bersama.Cuba muhasabah untuk seketika.masing2 cuba perbaiki diri termasuklah saya.Salam Ramadhan!
Astarfirullah, kesian wanita yang pertama :\
ReplyDeletegambar pertama. seperti wanita tu sedang menerima hukuman hudud atas kesalahannya.~
ReplyDeletekalau malaysia buat hukuman macam no.1 tuh, confirm ramai yg jadi macam no.2 tuh :)
ReplyDeletebetol n setuju dgn entry..
ReplyDeleterasulullah bersungguh sungguh menaikkan martabat wanita tu balik, tp kadang2 wanita tu sendiri yg rosakkan kedudukannya sebagai wanita..
nice entry..=)..
ReplyDeletewanita kna pndai jaga maruah..kite pon leh berjaya...=)
Saya sangat sokong. Wanita kini lebih murah. Walaupun kita adalah golongan kaum hawa juga. Kalau dilihat, kini perempuan banyak yang membuka aibnya sendiri.
ReplyDeletenice entri ye .
ReplyDeletesangat sokong
:)
-syurga di bawah telapak kaki ibu
ReplyDelete-ibu pejabat
-ibu negeri
-ibu jari
semuany imbuhan bagi kaum wanita di mata dunia.apatah lagi di mata Allah yg kita xnmpak.